Hakisan disebabkan oleh hujan


Terdapat empat jenis hakisan yang biasa terjadi pada tanah disebabkan oleh air hujan iaitu Hakisan Simbah (splash erosion), Hakisan keping (sheet erosion), Hakisan Alur ( rill erosion)  dan Hakisan Gegeluk (gully erosion).




Secara mudahnya cuba kita bayangkan contoh yang diberikan ini:

Apabila hujan berlaku, titik-titik air hujan tersebut akan jatuh ke bumi dan menghentam  permukaan tanah sehingga zarah-zarah tanah tersebut terpisah dari permukaan tanah, proses ini dimanakan Hakisan Simbah ( Splash erosion). 

Kemudian Air hujan tersebut akan membentuk air larian dipermukaan tanah dan menghakis serta membawa zarah-zarah tanah bersama, Proses ini dimanakan Hakisan keeping ( Sheet Erosion).

Air larian tersebut akan berkumpul dan menghakis permukaan tanah sehingga membentuk laluan seperti longkang kecil , proses ini dimanakan Hakisan Alur (Rill Erosion)

Dari laluan yang kecil hakisan terus berlaku dan membentuk laluan yang lebih besar, proses ini dimanakan Hakisan Gegeluk (gully erosion). 


No comments:

Post a Comment