Proses hakisan (Erosion) adalah proses di mana zarah-zarah
tanah terpisah dari profil tanah atau permukaan tanah, ianya boleh berlaku
disebabkan oleh tindakan oleh angin atau air. Zarah-zarah terampai (Kelodak)
ini boleh dibawa oleh angin atau air sebelum
ianya termendakkan. Proses pergerakan tanah dan mendakan tanah ini
dikenali sebagai proses pemendakan (Sedimentation).
Proses hakisan dan pemendakan ini adalah proses semulajadi
yang berlaku pada setiap hari pada semua jenis tanah. Walaubagamanapun aktiviti manusia yang
melibatkan pendedahkan permukaan tanah seperti pembalakan, pembinaan, pertanian
dan sebagainya menyebabkan proses ini
berlaku dengan pantas dan tanpa kawalan.
Hakisan boleh dibahagikan kepada beberapa jenis mengikut jenis agen hakisan itu sendiri, seperti
Hakisan yang disebabkan oleh Air, Angin , graviti dan Pengelupasan.
Walaubagaimanapun hakisan yang disebabkan oleh air adalah masalah utama di
Malaysia.
No comments:
Post a Comment